menjana wang dengan web sendiri

Sunday, March 8, 2009

a samad said


askm pembaca sekalian,



melihat a samad said di dalam perhimpunan mansuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris (ppsmi), hati saya cukup tersentuh. terasa pilu di hujung ulu ati apabila beliau yang sudah berusia tetap berkobar-kobar dalam memperjuangkan bahasa melayu bahasa kebangsaan itu.menyertai perhimpunan yang dikatakan 'haram' itu bukanlah mudah bagi sesetengah orang, waima pelajar dan pekerja. sebagai sasterawan negara, beliau tidak segan dan gentar untuk berarak bersama orang ramai, di hujani dengan gas pemedih mata dan hambatan keras unit simpanan persekutuan (fru) dan polis. akhbar- akhbar arus perdana meremeh temehkan perhimpunan ini, walaupun sepatutnya akhbar-akhbar inilah yang patut bersama dengan mereka. utusan malaysia dan berita harian agaknya sudah tersepit samada mahu mengikut telunjuk menteri atau menyokong pejuang- pejuang bahasa.



a samad said berkata inilah agaknya harga yang mahal untuk mempertahankan bahasa ibunda yang tercinta. saya sebagai orang melayu agak tersentuh melihat kegigihan beliau tersebut. dan beliau bersedia untuk menyerahkan gelaran sasterawan yang dipegangnya kerana katanya, apalah gunanya mendapat gelaran sasterawan terosohor, kalau bahasa dinyahkan di tanah air sendiri. sebagai rakyat malaysia juga, saya juga tertanya-tanya apakah susah sangat menteri pendidikan mahu memansuhkan sahaja ppsmi dan mengelak berpolimik dengan orang melayu? mengapa sengaja mahu orang melayu 'naik angin'? kerajaan selah-olahmembuat keputusan sendiri tanpa pendapat umum dahulu, satu kesilapan sebanarnya dalam membuat dasar. apataha lagi dasar yang berhubung kait untung nasib generasi melayu khususnya di pedalaman. untuk kerajaan, bertindaklah segera supaya api kemarahan rakyat tidak merebak. saya tidak mempunyai masalah mengalu- alukan kenyataan daripada PM Abdullah, supaya langkah segera perlu di ambil. namun, apabila rakyat berdemonstrasi barulah mahu segera mengatur langkah. seolah-olah demonstrasi satu pendekatan berkesan untuk mendesak kerajaan. jika ditanya, tentulah rakyat tidakmahu menyertai menyusahkan diri berdemonstrasi di jalanan, sepert nasihat kerajaan 'ia bukan budaya kita'. tapi jka kerajaan enggan mendengar saranan, nasihat dan dialog, apalagi pendekatan rakyat bawahan menyuarakan pendapat?


Thursday, March 5, 2009

the kangaroo trial...

as we know today, the crisis oin Perak still continous. in the same time, we must look the other event which we may never realize. the trial for sodomy Datuk Seri Anwar Ibrahim trial. oh, we now see the reject of aplication by Judge to aintain the hearing in Section Court. thus, reject the decision made by Hakim Komathi to deny the accees of Ghani Patail in the High Court.so, what we can expect then?the ruling part seem to try hard to bring de facto leader Anwar to the court. therefore, we will see the unimaginable trial in future. just wait and see...

welcome everybody!

thanxx for visiting my blog.i hope i can post as many as possible the articles about the malaysian politic and current isues. the articles may come from mine as well as other sites. hope all of you can really enjoy reading! thank you!