Kes kes yang melibatkan penyamaran anggota polis kini semakin menjadi-jadi. terbaru kes seperti ini berlaku di kota kemuning, kawasan elit di shah alam. semoga penduduk sekitar mengambil langkah yang berhati-hati. setiap kes mesti dilaporkan kepada pihak polis agar jenayah mereka dihentikan seberapa segera.penduudk mestilah muafakat dan bkerjasama antara sat sama lain untuk membendung jenayah.
Dua polis ‘palsu’ samun tiga mangsa
SHAH ALAM: Menggunakan taktik menyamar sebagai polis, dua lelaki menyamun tiga individu dalam tempoh tidak sampai 30 minit di sekitar Kota Kemuning, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, dua lelaki terbabit yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak turut membawa senjata seakan-akan pistol dan juga gari sebelum menyamun mangsa mereka.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin, berkata dua lelaki itu berlegar-legar di kawasan yang dijadikan sasaran untuk mencari peluang melakukan samun.
Menurutnya, dalam kejadian pertama, seorang pengadu lelaki berusia lingkungan 30-an yang ketika itu bersendirian di depan sebuah bengkel bas menjadi mangsa samun dua penjenayah terbabit.
“Dua lelaki terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan memintanya mengeluarkan kad pengenalan, namun mangsa yang curiga meminta mereka menunjukkan kad kuasa.
| |
“Dua lelaki itu tidak berbuat demikian, sebaliknya mengeluarkan objek seakan-akan pistol dan gari sebelum merampas telefon bimbit, dompet serta barangan berharga lain daripada mangsa,” katanya.
Nor Azam berkata, selepas kejadian itu suspek menyamun seorang lagi lelaki di depan sebuah kilang dan seorang peniaga kedai runcit di sekitar Jalan Bukit Kemuning.
“Tiga kejadian terbabit berlaku antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi dan siasatan terhadap kenderaan digunakan suspek mendapati nombor pendaftarannya adalah milik kenderaan lain,” katanya.
Sehubungan itu beliau meminta orang awam yang ada maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
harian metro
No comments:
Post a Comment